Asal Usul
Bahasa Melayu
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan
oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba
mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa
sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China
sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke
negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu
berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras
alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib
Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah
kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu''
bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang
Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di
Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500
Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak
di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira
1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu
Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk
tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali
sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang
berpunca daripada bahasa Austronesia ini.
Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia
ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun
bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan
Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias,
Lampung dan Orang Laut.
Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu
kepada tiga tahap utama iaitu:
- Bahasa Melayu Kuno,
- Bahasa Melayu Klasik dan
- Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada
zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan
Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa
pentadbiran kerana:
- Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
- Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
- Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa
Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata
dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
- Pengaruh agama Hindu
- Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
- Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7
yang ditulis dengan huruf Pallawa:
- Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
- Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
- Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
- Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli,
Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
- Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
- Susunan ayat bersifat Melayu
- Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
- bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
- Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
- Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
- Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
- Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam
yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan
dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau
(1356)
- ditulis dalam huruf India
- mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
- bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh,
Acheh (1380)
- masih memakai abjad India
- buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat
di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
- ditulis dalam tulisan Jawi
- membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan
terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul
kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman
penting:
- Zaman kerajaan Melaka
- Zaman kerajaab Acheh
- Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah
Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf
al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
- ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
- banyak ayat pasif
- menggunakan bahasa istana
- kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
- banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
- ayat songsang
- banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi
Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai
kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran,
kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar
menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan
Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa
Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.